Menerusi satu status dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda kira-kira satu jam lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninjau sendiri pencemaran di sungai berkenaan.

"Baginda yang sentiasa prihatin dengan keadaan alam sekitar menzahirkan rasa kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran yang berlaku," demikian dipetik daripada Facebook itu.

Sultan Ibrahim kemudian menitahkan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuang sampah dan mencemarkan sungai untuk mengelakkan banjir. - UTUSAN ONLINE


Video ihsan Facebook SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR