Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] STPM 2016: SMK (L) Methodist teruskan kecemerlangan

Kecemerlangan di SMK (L) Methodist
Para pelajar STPM SMK (L) Methodist menunjukkan keputusan STPM masing-masing kepada para guru sejurus menerimanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Methodist di sini menghasilkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setiap tahun menunjukkan kemampuan sekolah itu sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di Malaysia.

Bagi keputusan STPM 2016, tiga pelajar - Ooi Hong Tek, Ho Kai Yee dan Lee Jun De - berjaya memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Menurut guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Gan Swit Peng, kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak dengan menjadikan kecemerlangan sebagai sasaran utama.

"Bukan sahaja pihak guru tetapi ia merupakan kejayaan hasil usaha pihak pengarah sekolah, ahli alumni dan juga kakitangan sekolah yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberikan persekitaran pembelajaran yang terbaik buat semua pelajar kami," katanya.

LEE JUN DE
LEE JUN DE

Sementara itu, bercakap kepada Utusan Online, Jun De, 19, yang berjaya memperoleh 4A dan 1A- dengan PNGK 4.00 berkata, selain memberi tumpuan penuh di dalam kelas, beliau turut menggunakan masa terluang di rumah mengulang kaji pelajaran.

"Memang saya sering menggunakan waktu yang terluang untuk mentelaah nota-nota di kelas dan mengulang kaji pelajaran," kata Jun De yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. - UTUSAN ONLINE


Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain