Perkhidmatan MyBAS yang bakal dilaksanakan itu akan memperkenal 27 laluan utama dan perantara yang melibatkan jarak perjalanan sehingga 16.8 kilometer setahun.

Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, menerusi perjanjian itu, pihaknya akan menyediakan sebanyak 249 buah bas yang akan dihantar dalam empat peringkat.

“Program ini melibatkan empat jenis bas, iaitu bas panjang, ‘midi’, mini dan elektrik berkapasiti 65 penumpang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai kontrak SBST Johor Bahru antara SPAD dan Handal Indah di Hotel Jen, di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE