MASZLEE MALIK
MASZLEE MALIK

Cadangan untuk mendaftar sekolah yang usianya mencecah 100 tahun itu di bawah UNESCO dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melalui satu video yang tular dalam Facebook ketika lawatan mengejutnya ke sekolah tersebut hari ini.

Video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Adli Musa dan mendapat 22,000 tontonan serta dikongsikan lebih 400 pengguna media sosial itu.

Menerusi video selama 37 minit itu, Maszlee dibawa melawat ke kelas dan bilik guru sekolah berkenaan bagi melihat kelengkapan dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran di sana.

Dalam lawatan itu, Maszlee turut diberi penerangan mengenai sejarah pembinaan sekolah berkenaan yang usianya sudah mencecah 100 tahun dan terdapat bangunan lama yang masih digunakan untuk menampung 919 orang murid pada sesi pagi dan 426 orang pada sesi petang.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut mengambil kesempatan dalam lawatan itu mendengar pemasalahan yang timbul antaranya, penyelenggaraan kemudahan ekolah dan sukan.

Maszlee kemudian mempertimbangkan untuk menggunakan rumput tiruan di padang sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Menerusi video itu juga, beliau menyeru wakil rakyat serta syarikat-syarikat korporat supaya membantu SK Chepor untuk menambah baik kemudahan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyumbang sebuah mesin fotokopi untuk kegunaan guru dan murid sekolah itu. - UTUSAN ONLINE

Video oleh FB Muhammad Adli Musa