Menurut penghibur yang sangat masyhur dengan lagu Cindai itu, untuk tahun kedua, beliau yang juga Pengasas Creacion by Siti Nurhaliza menampilkan rekaan dan potongan yang lebih eksklusif bertemakan nostalgia.

Katanya, koleksi lebaran kali ini menampilkan busana dengan harga berpatutan dan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.

"Corak-corak koleksi ini juga adalah eksklusif untuk Creacion by Siti Nurhaliza. Kita juga bakal membuka tiga lagi cawangan di Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru selain menyasarkan jualan dua kali ganda daripada tahun sebelumnya," katanya kepada wartawan pada majlis pelancaran koleksi berkenaan di sini sebentar tadi.

Creacion by Siti Nurhaliza mula diperkenalkan pada Mac tahun lalu dan untuk edisi Aidilfitri tahun ini, penyanyi itu menawarkan dua koleksi istimewa merangkumi 40 rekaan (The Nostalgia Series) dan 15 lagi rekaan (The Premium Series). - UTUSAN ONLINE