Kanak-kanak itu berkumpul sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti simulasi haji merangkumi ibadat wukuf, melontar jamrah, tawaf, saie dan tahalul.

Mereka dibimbing 56 guru dari semua cawangan Little Caliphs yang bertindak sebagai mutawif.

Simulasi menjadi lebih mudah untuk difahami kanak-kanak yang terlibat apabila replika Kaabah dan tempat melontar jamrah turut disediakan.

Pengarah program, Nik Annuar Fathi Nik Hassan berkata, program itu dijalankan serentak di cawangan Littlr Caliphs seluruh negara melibatkan 10,264 kanak-kanak.

Beliau berkata, pelajar Little Caliphs sejak dari usia empat tahun lagi didedahkan dengan asas pendidikan agama.

“Simulasi yang kita anjurkan hari ini adalah pembelajaran praktikal tentang ibadah haji bagi menyubur rasa cinta kepada Allah SWT dan rasul Nabi Muhammad SAW serta mengingati pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim SA,” katanya.

Program itu dirasmikan oleh Pengarah Penyiaran negeri, Noriani Mohd Idris. - UTUSAN ONLINE