Mereka yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat SPRM, di sini mahu tindakan segara diambil memandangkan tanah terlibat didakwa sebagai tanah rizab jalan milik kerajaan.

Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Tony Tan Chee Chong berkata, pihaknya pernah membawa kes melibatkan pembinaan kondominium di atas tanah lot 810 milik kerajaan itu kepada perhatian SPRM dan polis sebelum ini.

“Jadi hari ini kita ingin meminta lagi perhatian pihak SPRM untuk menyiasat kes ini. Dengan perubahan kerajaan, kita harap kes ini dapat disiasat dengan segera dan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

“Kita khuatir dengan pembinaan kondominium setinggi 45 tingkat ini, ia akan menjejaskan kehidupan kira-kira 20,000 penduduk sekitar terutama melibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kita mahu SPRM siasat jika berlaku unsur-unsur salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan itu.

Tony menambah, penduduk sebelum kni juga ada menyuarakan bantahan termasuk menghantar surat kepada pihak Menteri Wilayah dan telah dipanggil untuk bermesyuarat, tetapi tiada apa-apa tindakan atau pengumuman selepas itu. - UTUSAN ONLINE