Video ihsan PEMBACA UTUSAN MALAYSIA

Laporan itu dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh Pengerusi RCI berkenaan, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Panel lima anggota RCI yang diketuai Mohd. Sidek telah bersidang selama lapan hari mulai 21 Ogos hingga 19 September lalu selepas memanggil 25 saksi untuk memberi keterangan.

Antara saksi berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. - UTUSAN ONLINE