Beliau hadir di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini kira-kira pukul 10.50 pagi dengan menaiki kereta rasmi kerajaan negeri. 

Difahamkan, selain hal-ehwal pentadbiran negeri, perbincangan Mohamed Azmin dengan Sultan Selangor dijangka akan melibatkan isu jawatan pengganti Menteri Besar Selangor. 

Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu selepas dilantik sebagai Menteri Kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi pada 21 Mei lalu.

Ketika ini, timbul desas-desus mengenai nama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohamed Azmin antaranya ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari; ADUN Seri Setia, Dr. Shaharuddin Badaruddin dan ADUN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka akan diadakan pada 19 Jun ini. - UTUSAN ONLINE