TANGKAP layar hantaran Shamsidar Taharin mengenai isu yang dipercayai melibatkan suaminya, Mohamed A
TANGKAP layar hantaran Shamsidar Taharin mengenai isu yang dipercayai melibatkan suaminya, Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE

Shamsidar dengan merujuk kepada ayat al-Quran turut mengingatkan kepada semua tentang dosa memfitnah lebih berat daripada membunuh.

“Seseorang mukmin percaya kepada perintah Allah dan dalam keadaan terdesak di dunia, manusia lupa dan ironinya memperoleh laknat-Nya,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya dengan menyebut akaun milik suaminya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai menteri kanan Kabinet. - UTUSAN ONLINE