.
Video oleh NURSYAMIMI SAIDI

Menurut ahli majlis MDA, Georgen Thye, kajian yang sama mendapati satu daripada tiga kanak-kanak pula didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah dalam kalangan mereka yang tidak bersarapan.

"Pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak makan atau pilihan makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak kekurangan bekalan tenaga pada waktu berbeza dalam sehari menyebabkan tumpuan mereka di sekolah terjejas ketika dalam kelas mahupun aktiviti kokurikulum.

"Pemilihan waktu makan yang tepat serta penyediaan sajian yang penuh khasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, daging yang tidak berlemak, kekacang, dan produk tenusu dapat membantu mengisi bekalan tenaga yang diperlukan," katanya dalam bengkel Bento Pack In The Energy For Champions Milo, di Bandar Kinrara, hari ini.

Ujarnya, kebanyakan ibu bapa masih tidak menyedari kepentingan bersarapan kepada anak-anak sedangkan mereka sepatutnya menjadi contoh serta berusaha untuk memberi yang terbaik dengan menyajikan sarapan berkhasiat sebelum anak-anak ke sekolah.

Katanya, antara sebab utama yang menyebabkan anak-anak tidak bersarapan adalah seperti ibu kesuntukan masa untuk menyediakan makan pagi, anak bangun lewat untuk ke sekolah, anak tidak berselera kerana masih awal pagi atau tidak tahu pilihan sajian yang perlu diberikan kepada anak. - UTUSAN ONLINE