Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, jumlah tersebut dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Seperti semalam, orang ramai mula hadir kira-kira pukul 7 pagi tadi untuk membayar saman dan setakat ini, proses berjalan lancar.

“Kita juga membuka kaunter warga emas untuk memudahkan mereka supaya tidak beratur panjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, barisan panjang masih sama seperti semalam dan tidak berkurangan walaupun sudah masuk waktu tengah hari.

Sementara itu, pekerja swasta, Kwan Yau Lae, 39, menyatakan rasa gembira dengan tawaran yang dilakukan polis.

“Walaupun terpaksa beratur panjang, saya berjaya menyelesaikan 10 saman tertunggak melibatkan isteri serta anak-anak,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE