Video oleh ZULHANIFA SIDEK

Difahamkan, kumpulan tersebut bertolak dalam empat rombongan bermula seawal pagi tadi sehingga malam ini dengan menaiki motosikal, kereta dan bas.

Kira-kira pukul 9.30 malam ini, rombongan keempat iaitu yang terakhir melibatkan 1,500 peserta bersemangat berkumpul di dataran Masjid Ismaili Pasir Pekan, walaupun hujan lebat sejak lewat petang.

MOHD. HUSHIMI
MOHD. HUSHIMI

Ketua Pemuda Pas Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian, 34, pihaknya hanya menyediakan pengangkutan khas untuk peserta manakala lain-lain perkara seperti makan dan minum adalah atas tanggungan sendiri.

"Kami mahu ke himpunan berkenaan sebagai tanda mensyukuri pendirian kerajaan Malaysia untuk tidak meratifikasi ICERD.

"Kami Umat Islam mahu berkumpul dan bersatu dalam himpunan esok bagi menunjukkan solidariti dan menyatakan bantahan terhadap sebarang 'ancaman' terhadap Islam, institusi raja-raja dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, simbolik pelepasan rombongan terakhir malam ini tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat. - UTUSAN ONLINE