ISMAIL SABRI YAAKOB

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan peruntukan itu, sebanyak 608 buah rumah PPRT baharu akan dibina manakala 5,521 unit rumah pula adalah untuk dibaik pulih.

Menurut beliau, sebanyak RM66 juta diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan projek tersebut di seluruh negeri ini.

“Daripada peruntukan itu, di Sabah sebanyak 253 buah rumah PPRT dibina baharu manakala 3,259 buah rumah pula akan dibaik pulih melibatkan sebanyak 16,547 penghuni.

“Walaupun kuota bina baharu dengan baik pulih rumah dilihat berbeza, tetapi keputusan itu dibuat berdasarkan kepada kepemimpinan negeri dan kawasan khususnya di peringkat Parlimen dan bahagian masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penye­rahan Kunci Unit PPRT di sini hari ini.

Yang turur hadir, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Ketua UMNO Bahagian Penampang, Senator Datuk John Ambrose.

Ismail Sabri menambah, semua pro­jek yang diluluskan mesti disiapkan se­lewat-lewatnya peng­hujung tahun ini terutama­nya bagi kategori bina baharu manakala baik pulih rumah pula perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan.

“Semua projek ini juga akan diselia dan dipantau rapi oleh kementerian dan kerajaan ne­geri menerusi jawatankuasa bersama yang ditubuhkan sebelum ini,” katanya.