Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Rintis hubungan 60 tahun lagi

NAJIB TUN RAZAK mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Amerika Syarikat yang dik
NAJIB TUN RAZAK mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Amerika Syarikat yang diketuai Donald Trump di White House, Washington, Amerika Syarikat, semalam. – BERNAMA


WASHINGTON 13 Sept. - Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Donald J Trump di White House hari ini telah merintis jalan kepada hubungan lebih akrab Malaysia-Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh 60 tahun lagi. 

Pertemuan itu berlangsung semasa Malaysia dan AS menyambut ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan dua hala dengan kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama terutama dalam sektor perdagangan.

“Tahun ini menyaksikan ulang tahun ke-60 hubungan antara kita. Saya berharap pertemuan hari ini akan menjadikan hubungan ini lebih kukuh pada tahun-tahun akan datang,” kata Najib semasa membalas kenyataan Trump semasa mesyuarat delegasi.


Video oleh ZULKEFLI HAMZAH

Mesyuarat delegasi disertai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique. 

Delegasi AS terdiri daripada Naib Presiden, Mike Pence, Setiausaha Negara, Rex Tillerson, Timbalan Setiausaha Pertahanan, Patrick Shanahan, Ketua Turus John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara, Lt. Jen. H.R McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

Trump pula yang berulang kali menyatakan penghormatan beliau dapat meraikan kehadiran Najib dan delegasi ke White House sering merujuk Najib sebagai rakan peribadi. 



Ucapan itu bukan sahaja terakam semasa kenyataan Trump ketika sesi mesyuarat delegasi tetapi juga melalui Twitter Presiden AS ke-45 itu. 

“Satu penghormatan besar untuk mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan delegasi ke White House,” kata Trump yang turut disebarkan melalui Twitternya.

Trump juga hari ini ‘melanggar’ protokol White House apabila menghantar Najib sehingga ke muka pintu. Pegawainya kemudian mengingatkan tentang perkara itu tetapi Trump menyatakan “beliau (Najib) adalah rakan saya.” 

Lawatan Najib ke White House atas jemputan Trump itu merupakan satu pengiktirafan AS bahawa Malaysia merupakan antara rakan paling akrab di Asia Tenggara. Najib ialah pemimpin kedua Asia Tenggara dijemput ke White House selepas Vietnam pada Jun lalu disusuli Singapura pada Oktober ini. 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain