Video oleh Mohamad Athir Ismail

Niat berkunjung ke PABKL yang berlangsung dari 27 April hingga 6 Mei lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah untuk mendidik anak-anaknya membaca.

Beliau yang menjadi pengunjung setia pesta buku setiap tahun itu bagaimanapun tidak menyangka apabila berpeluang memenangi pakej percutian dua hari satu malam di Bayou Lagoon Park Melaka di Bukit Katil.

“Sanggup saya datang dari Maran, Pahang datang ke PABKL setiap tahun untuk pupuk minat kedua-dua anak saya supaya suka membaca.

“Kali ini, saya tidak sangka apabila memenangi cabutan bertuah daripada Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad sedangkan kami sekeluarga berbelanja sekitar RM300 sahaja,” katanya selepas menerima hadiah cabutan bertuah di Kompleks Sri Utusan di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis penyerahan itu ialah Pengarang Kanan Unit Majalah Umum Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Zulkarnain Zakaria dan Pengurus Jualan Utusan, Mohammad Fahmi Ashraf Khan.

Turut memenangi cabutan bertuah ialah Norzaiti Mohd. Zain dari Batu Caves, Selangor yang merupakan salah seorang penerima hadiah utama berupa pakej penginapan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

“PBAKL adalah acara setiap tahun yang waji saya kunjungi kerana minat membaca sejak kecil lagi,” ujarnya.

Seramai 14 orang pengunjung kiosk Kumpulan Utusan di PABKL memenangi hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Sunway Putra Kuala Lumpur, Bayou Lagoon Park Resort Melaka dan Restoran KFC yang menaja 10,000 keping baucer ketika pesta buku berlangsung. - UTUSAN ONLINE