Muhammad Fikri Khiruddin, 17, memberitahu, Allahyarham merupakan rakan sekelasnya sejak tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, di sini.

Katanya, kali terakhir bertemu dengan Allahyarham pada Disember tahun lalu yang ketika itu pulang bercuti ke tanah air.

“Allahyarham sentiasa ingat kawan-kawan, dia sempat mengucapkan selamat berjaya kepada kami yang akan bertanding perlawanan ragbi, Rabu lalu di Instagram.

“Sebagai rakan, sudah tentu saya terasa dengan pemergian Allahyarham dan alhamdulillah pihak sekolah telah mengadakan tahlil untuknya tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. - UTUSAN ONLINE