Permaisuri Johor tiba di perkuburan itu kira-kira pukul 3.30 petang dengan kenderaan rasmi istana yang disambut Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr. Badrul Hisham Kassim

Yang turut hadir ibu Mohamad Thaqif Amin iaitu Felda Wani Ahmad, 40, bersama-sama ahli keluarga dan Kadi Daerah Kota Tinggi, Suhaimi Rebu.

Raja Zarith Sofiah turut membacakan surah Yasin, menyertai tahlil ringkas dan menyiram air mawar ke atas pusara pelajar tahfiz itu sebelum berangkat pulang pukul 4 petang

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia pukul 2.05 petang kelmarin ketika mendapatkan rawatan di Wad Dependensi Tinggi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN