Pengarah Operadi Jeddah 1438 Hijrah, Mohamad Zamry Mohd. Noor berkata, langkah itu menyebabkan proses ketibaan jemaah haji Malaysia lebih mudah dan cepat kerana jemaah dari negara lain masih lagi belum tiba.

"Di sini saya dapati, keadaan di lapangan terbang lebih selesa, tidak ramai jemaah haji dari negara lain yang tiba awal. Itu satu kelebihan bagi jemaah haji Malaysia yang tiba di Jeddah ini," katanya kepada wartawan Malaysia di pusat pengurusan operasi Jeddah di sini hari ini.

Jelasnya lagi, bila ada kelegaan begitu jemaah tidak perlu bersusah untuk bersaing dan Petugas Tabung Haji juga mudah menguruskan mereka, termasuklah melepasi pemeriksaan imigresen Arab Saudi. - UTUSAN ONLINE

Video oleh AINOL AMRIZ ISMAIL