AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI
AHMAD ZAHARUDDIN SANI

Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, program itu dijangka akan dimulakan pada 7 Julai ini dengan memberi tumpuan kepada golongan belia.

"Yuran adalah sebanyak RM50 bagi setiap semester dan bagi mahasiswa pula adalah sebanyak RM30. Setiap peserta program akan mendapat sijil setiap kali seleas satu silibus dan sekiranya mendapat sambutan, kita akan usahakan untuk mendapatkan diploma eksekutif untuk peserta yang melengkapkan tiga semester.

"Kesedaran kita untuk mewujudkan program ini adalah bagi memastikan kita mempunyai belia-belia yang cakna politik dan pada masa yang sama, berhujah dalam politik menggunakan fakta yang terang dan jelas, bukan sekadar khabar angin," katanya dalam sidang akhbar selepas program pelancaran Sekolah Politik: Wacana Malaysia Baharu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE