Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idzham Omar menerusi satu kenyataan menjelaskan, pihaknya sedar akan kesilapan yang telah berlaku dan memberi peringatan kepada semua kakitangan agar lebih peka serta sensitif pada masa akan datang.

"Kejadian yang telah berlaku ini menjadi pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

"Kami amat menghormati Watson, ayahnya serta seluruh ahli keluarganya. Beliau merupakan jaguh kebangsaan yang banyak berjasa kepada negara dalam mengharumkan nama baik Malaysia," katanya.

Justeru Ahmad Idzham mewakil stesen berkenaan memohon maaf dan berjanji akan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

Dalam program yang dihoskan oleh Ammar Titan dan Marsha Milan siaran TV3 itu, pasangan pengacara itu mempermain nama Nyambek dengan membuat bunyi kambing sedang mengembek.

Watson pula dalam satu kenyataan lain sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isu berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Video ihsan MEDIA SOSIAL