Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] PPIM tubuh Kagum bantu pengguna daripada ditipu

Kagum PPIM
KETUA aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (dua kiri), Hishamuddin Hashim (kanan) dan Zamri Zaimon (dua kanan) ketika melancarkan Biro Undang-Undang PPIM hari ini. - UTUSAN ONLINE/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 19 Mei - Lebih sepuluh aduan diterima setiap sehari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan kes penipuan terutamanya dalam urusan pelaburan sepanjang tahun ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan pengadu ditipu dengan kaedah perjanjian yang perlu ditandatangani dengan syarat-syarat khas yang dikenakan ke atas mereka.

Sehubungan itu, kata beliau, PPIM dengan kerjasama Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) menubuhkan Biro Undang-undang, Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) sebagai inisiatif bagi membendung isu tersebut.

“Biro ini bertujuan membantu pengguna daripada ditipu dengan khidmat kaunseling guaman sebelum sebarang transaksi atau pelaburan dilakukan. Sepatutnya, sebelum menandatangani perjanjian, pengguna perlu merujuk dahulu kepada peguam bagi mengelakkan kes penipuan ini daripada berlaku.

“Disebabkan itu, ramai pengguna ini ditipu kerana jahil tentang hak-hak mereka kerana tidak tahu tentang isi kandungan perjanjian ditandatangani. Oleh itu, diharapkan biro ini akan menjadi pusat rujukan untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling berkaitan dengan perjanjian atau syarat-syarat terma yang mereka perlu tandatangani,” katanya pada sidang akhbar pelancaran penubuhan Kagum di sini hari ini.

Pengguna-pengguna yang mengadu di bawah Kagum akan diberikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah melalui proses undang-undang, mediasi dan aktiviti-aktiviti proaktif terancang.

Antara khidmat nasihat guaman yang ditawarkan adalah berkaitan dengan perkara kontrak, perkara melibatkan hartanah, perkara yang melibatkan syarikat berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan perkara Syariah.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, khidmat ini terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Yang bukan warganegara pun boleh dapatkan perkhidmatan kami kerana isu ini melibatkan kemanusiaan dan tidak terhad kepada mana-mana individu pun,” jelasnya.

Katanya, pengguna yang memerlukan nasihat guaman boleh menghubungi talian 011-1118-1000 bagi mengadakan temujanju dan akan didaftarkan sebagai pelanggan Kagum.

Sementara itu, Setiausaha Jeneral MHO, Hishamuddin Hashim berkata, dari segi perundangan, kebanyakan perlindungan berkaitan penipuan itu hanya akan diambil jika masalah itu timbul.

“Jika ada masalah, barulah perkara ini akan dibawa ke peringkat undang-undang dan proses penyelesaiannya mengambil masa yang lama.

“Jadi, dengan pertubuhan Kagum dapat mencegah masalah tersebut sebelum pengguna ditipu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain