Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] PPIM sedia khidmat kaunseling guaman secara percuma

Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Hishamuddin Hashim (empat
Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Hishamuddin Hashim (empat dari kanan) dan Zamri Zaimon (dua dari kanan) ketika melancarkan Biro Undang-Undang PPIM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-Undang dan Kad Kaunseling Guaman (Kagum) sebagai usaha membantu pengguna daripada diperdaya dengan sindiket penipuan.

Pengerusi Biro Undang-Un­dang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata, tujuan pe­nubuhan biro berkenaan supaya masyarakat lebih berwaspada terhadap modus ope­randi sindiket penipuan walaupun menggunakan surat perjanjian yang hanya memberi keuntungan kepada satu pihak.

“Justeru, pengguna boleh mendapatkan nasihat kaunseling undang-undang dan perkhidmatan perundingan melalui biro ini secara percuma sebelum melakukan sebarang transaksi atau pelaburan. Ini kerana, aduan terhadap kes penipuan yang melibatkan pelaburan paling banyak diterima oleh pihak PPIM setakat ini.

“Malah, 10 laporan tentang kes berkenaan yang diterima dalam masa sehari sehingga menyebabkan kerugian besar serta kesan buruk kepa­da pengguna. Biro ini juga akan bertindak seperti pusat rujukan untuk pengguna mengajukan apa-apa soalan berkaitan terma perjanjian sebelum memutuskan persetujuan menandatangani sebarang kontrak,” katanya dalam sidang akhbar sebelum Majlis Pelancaran Kagum di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presi­den PPIM, Datuk Nadzim Johan serta peguam-peguam Ka­gum.


Video oleh NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK

Pengguna yang mengalami sebarang masalah boleh meng­hubungi 011-11181000 dan panggilan akan dijawab terus oleh peguam yang bertugas atau emelkan aduan ke [email protected]

Sementara itu, Hishamuddin berkata, seramai 35 peguam berpengalaman bersedia untuk mendengar aduan pengguna.

“Sekiranya kes mereka per­lu dibawa ke mahkamah dan mendapatkan khidmat guaman kami juga sedia membantu dengan kos yang sa­ngat minimum. Namun, kami berharap supaya usaha ini dapat mendidik dan membawa perubahan kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan teliti di masa hadapan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain