Video oleh BASIR ABU BAKAR

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, sebuah peti besi yang didakwa tidak dibuka sejak dua dekad kerana kehilangan kunci turut di gerudi dan digeledah polis.

"Seluruh kawasan rumah Najib di geledah sejak pukul 10 malam semalam. Gerudi peti besi hanya bermula pukul 5 petang.

"Proses itu menyebabkan Najib dan keluarganya tidak lena tidur dan keadaan ini mengecewakan beliau," katanya.

Harpal Singh berkata, polis tidak mengambil sebarang dokumen tetapi hanya membawa keluar beberapa kotak berisi pakaian dan beberapa barangan lain seperti tas tangan. - UTUSAN ONLINE