Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, polis hadir untuk menggeledah kediaman itu namun enggan mengulas lanjut tujuan sebenar kehadiran mereka.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kenderaan polis didapati berada di pekarangan kondominium mewah itu.

Setakat ini, belum ada pergerakan keluar untuk membawa barang atau apa sahaja yang diambil oleh pihak polis untuk siasatan. - UTUSAN ONLINE