Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pembukaan pangkalan udara itu merupakan antara langkah bagi penempatan semula aset di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi ke lapan lokasi di seluruh negara.

Pangkalan Udara Sendayan bakal menjadi pusat latihan tentera udara terbesar bagi Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka beroperasi Januari 2018. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID