Video oleh Ahmad Shazwan Md. Yusof

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail berkata, ), pasukan terdiri daripada kira-kira 30 warga kerja syarikat itu dan Edgenta PROPEL menghantar bekalan air bersih menerusi dua lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas berhampiran termasuk taman perumahan dan masjid.

“Penghantaran dilakukan sebanyak empat kali sehari hari ke kawasan-kawasan yang terlibat dalan usaha membantu orang ramai menghadapi krisis air di kawasan mereka.

“PLUS bersimpati terhadap masalah yang dihadapi penduduk. Penghantaran air bersih ini merupakan salah satu usaha kami untuk membantu mereka yang terjejas di persekitaran kawasan operasi jajaran lebuh raya kami,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) bermula Selasa lalu.

Gangguan bekalan air itu menjadi lebih serius berikutan Sistem Mampatan Udara Loji Rawatan Air SSP3 pecah petang.

Namun, proses pemulihan bekalan air di kawasan sekitar Lembah Klang sejak semalam berjalan lancar dan pulih secara berperingkat-peringkat, dengan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih mencatatkan kadar pemulihan yang rendah. – UTUSAN ONLINE