Video oleh SOFIAN BAHAROM

Timbalan Perdana Menteri ber­kata, hubungan baik itu penting lebih-lebih lagi Malaysia dan Singa­pura merupakan negara yang berji­ran di rantau ini.

“Satu penghormatan dapat ber­temu dengan Hsien Loong hari ini. Ia adalah satu pertemuan yang baik.

“Pertemuan ini menekankan ten­tang isu-isu bilateral (dua hala) kedua-dua negara dan hubungan ini akan lebih baik, lebih-lebih lagi kedua-dua negara adalah negara berjiran di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Hsien Loong, Ho Ching.

Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di sebuah hotel dan mereka dilihat meninggalkan hotel berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Dr. Wan Azizah, 66, dilantik sebagai Timbalan Perdana Men­teri selepas Pakatan Harapan menca­tatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus menjadi Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan menyifatkan pertemuan dengan Hsien Loong itu sebagai satu perjumpaan antara rakan lama.

Pada asasnya, beliau berkata, ke­dua-dua negara percaya akan hubu­ngan dua hala yang kukuh selaras dengan penekanan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditanya berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lum­pur-Singapura (HSR), Anwar menjelaskan, perkara itu akan dibin­cangkan di peringkat Perdana Menteri.

“Perdana Menteri Singapura ber­­kata pihaknya mengalu-alu­kan perbincangan lanjut ser­ta kerjasama lebih baik antara Ma­laysia-Singapura. Beliau merasakan ia akan berlangsung dengan baik di peringkat pegawai dan Perdana Menteri,” katanya.