Video oleh FIKRI ROSLY

Guru penyelaras media Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST), Tumisah Akim berkata, pentadbiran sekolah menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam pertandingan ini sebagai medan membuktikan kecemerlangan holistik yang diterapkan.

“Kita tidak tahu bakat terpendam mereka dan ini adalah pendekatan terbaik mencungkilnya pada awal usia remaja. Kami juga ingin membuktikan sekolah agama setanding dengan sekolah aliran perdana mahupun sekolah elit dalam memberi nilai tambah kepada pelajarnya.

“Pelajar kami telah memperlihatkan pencapaian membanggakan dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti luar bilik darjah sebelum ini, jadi saya yakin pertan­dingan ini juga mereka akan memberikan yang terbaik,” katanya selepas sesi penataran di sekolah tersebut semalam.

Siri Jelajah Penataran Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online terakhir itu menyaksikan seramai 30 pelajar mengikuti taklimat ringkas me­ngenai kepentingan papan cerita, teknik rakaman dan suntingan.

Dalam sesi itu, pelajar terus mempraktikkan pengetahuan dengan menghasilkan video pendek berdurasi dua minit mengikut kumpulan dan dihantar sebagai penyertaan ke laman www.muhibah.my.