Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, sehingga kini jumlah penyertaan belia dalam sektor perikanan masih rendah namun bilangan pembabitan tersebut mencatatkan peningkatan setiap tahun.


Katanya, jabatan itu turut mempromosikan sumber baharu iaitu vivarium atau satu kandungan tumbuhan akuatik yang banyak diletakkan di dalam rumah dan pejabat, merupakan satu peluang baharu terutama bagi golongan muda. 


“Peluang ekonomi ditawarkan di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 seperti perniagaan berasaskan perikanan iaitu tuna, rumpai laut, akuatik dan produk perikanan lain.


“Kerajaan bukan sahaja memberikan bantuan dalam bentuk panduan dan teknikal termasuk pembangunan produk baharu yang dapat dimanfaatkan golongan muda. Sudah tentu peniaga sedia ada menjadi penaung kepada usahawan baharu dalam bentuk kaedah mentor-mentee atau sebagai peneraju dan sebagainya,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan promosi produk rumpai laut keluaran Syarikat Bio Haruantech (M) Sdn. Bhd. pada HPPNK 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini.


Produk yang dikomersialkan di bawah jenaa Rezza Brand itu merupakan kerjasama antara syarikat tersebut bersama Jabatan Perikanan yang menawarkan produk seperti bubur nasi segera, sup krim cendawan, ayam dan ikan segera, mee kari pedas dan laksa utara paket.


Selain itu, syarikat tersebut terut memperkenalkan peniagaan berkonsepkan kios di Rezza Hit To Go yang menjadikan nasi Arab sebagai makanan utama di kios tersebut 
selain daripada menjual peroduk Bio Haruantech. - UTUSAN ONLINE