Pada majlis itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menjadi saksi kepada upacara menandatangani dokumen rasmi penyerahan 27 rangka terlibat oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand, Mejar Jeneral Peter Kelly.

Sebanyak 400 warga Kementerian Pertahanan serta wakil delegasi New Zealand menghadiri upacara penyerahan keranda dan disempurnakan oleh Tim Istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai seorang pegawai dan 180 anggota lain-lain pangkat.

Kesemua keranda tersebut yang sebelum ini ditempatkan sementara di Dewan Kem Wardieburn, Kuala Lumpur diserahkan secara rasmi hari ini kepada kerajaan New Zealand.

Sekitar upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan
Sekitar upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki) yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Rangka-rangka tersebut yang diterbangkan menaiki pesawat Boeing 787 Air New Zealand dijangka tiba di New Zealand esok dan seterusnya diserahkan kepada keluarga mereka dalam satu upacara di Auckland.

Rangka-rangka itu adalah melibatkan anggota tentera New Zealand yang terkorban semasa penglibatan sebelum Perang Dunia Kedua, era Darurat Pertama dan kebanyakannya tertumpu di negeri Perak dan sempadan Malaysia-Thailand sehingga 1966.

Sekitar upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan
Sekitar upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki) yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Dianggarkan hampir 4,000 tentera New Zealand berkhidmat di Malaya dan Malaysia sebelum diaturgerakkan ke Vietnam pada 1967.

Pada tahun lalu, kerajaan New Zealand mengumumkan perubahan polisi dan berhasrat membawa pulang rangka anggota tentera mereka yang dikebumikan di luar negara antara 1955 hingga 1971 dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negara itu. - UTUSAN ONLINE