Bertempat di ibu pejabat Kumpulan Utusan, majlis korban yang telah diadakan sejak lebih 30 tahun lalu itu bermula seawal pukul 7.30 pagi melibatkan sebanyak 65 kakitangan yang terdiri daripada pelbagai jabatan sekitar Lembah Klang.

Sembelih lembu di bangunan lama

AHLI BKUM bergotong-royong pada Majlis Korban BKUM dan Surau Al Huda di ibu pejabat Utusan Malayu (M) Berhad Jalan Chan Sow Lin hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Saifol Bakhtiar Hamik berkata, daripada enam ekor lembu tersebut, empat daripada merupakan sumbangan kakitangan yang membayar RM650 setiap bahagian lembu semeentara dua lagi disumbangkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

“Secara keseluruhan, daging dari seekor lembu dalam 80 hingga 90 kilogram (kg), 73kg diagihkan kepada staf layak terima sementara baki daging korban itu diagihkan kepada jawatankuasa.

“Ibadah ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan di Chan Sow Lin, Kompleks Sri Utusan Bangi dan Lembah Klang,” katanya ketika Majlis Korban BKUM dan Surau Al-Huda hari ini.

Yang turut hadir Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Penolong Pengarang 2 Utusan Malaysia/Prosesan, Rozaman Ismail; Pengarang Kanan Unit Media Baharu, Aznan Bakar dan Editor Foto, Abdul Kadir Bachok.

Gotong-royong sembelih lembu

AHLI BKUM bergotong-royong pada Majlis Korban BKUM dan Surau Al Huda di ibu pejabat Utusan Malayu (M) Berhad Jalan Chan Sow Lin hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Huda, Mohd. Radzi Mohd. Zin berkata, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, pengurusan program berjaya mengadakan majlis korban dengan lebih tersusun.

“Mudah-mudahan kita dapat teruskan program ini kerana bukan sahaja dapat lebih menghayati Hari Raya Aidiladha malah dapat merapatkan hubungan dalam kalangan petugas.

Melapah daging korban

AHLI BKUM bergotong-royong melapah daging korban pada Majlis Korban BKUM dan Surau Al Huda di ibu pejabat Utusan Malayu (M) Berhad Jalan Chan Sow Lin hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR
Masak daging korban

AHLI BKUM bergotong-royong memasak daging korban pada Majlis Korban BKUM dan Surau Al Huda di ibu pejabat Utusan Malayu (M) Berhad Jalan Chan Sow Lin hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR

“Kita sudah lebih 30 tahun menganjurkan program ini tetapi sejak dua tiga tahun ini kita buat dengan lebih tersusun termasuk daftar petugas, mencari golongan yang layak dan dibuat secara sukarela sambil menghayati semangat korban itu sendiri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE