Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Penerbangan umrah tanpa henti Fly Qassim

Penerbangan umrah tanpa henti Fly Qassim
Syarikat penerbangan Fly Qassim kini menawarkan penerbangan terus ke Mekah dan Madinah tanpa transit kepada ejen pengendali umrah yang berminat. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Syarikat penerbangan Fly Qassim kini menawarkan penerbangan terus ke Mekah dan Madinah tanpa transit kepada ejen pengendali umrah yang berminat.

Norlynne Basir
Norlynne Basir

Ia ekoran perjanjian yang telah dimeterai oleh pemilik Fly Qassim, Nashwan Aviation dengan syarikat pengendali tiket pe­nerbangan, Jalinan Pe­ngurusan Dwi Vista Sdn. Bhd. (Dwi Vista) yang akan bertanggungjawab untuk mengendalikan tiket umrah kepada ejen di seluruh negara.

Pengarah Pengurusan Dwi Vista, Norlynne Basir berkata, kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan Fly Qassim dijangka dapat memberi perkhidmatan yang baik memandangkan syarikat penerbangan tersebut adalah syarikat tempatan Arab Saudi dan mereka juga menawarkan harga yang berpatutan.

“Kami berharap usaha ini dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jemaah dari Malaysia supaya mereka dapat menunaikan ibadat umrah de­ngan selesa.

“Harga yang ditawarkan tidak membebankan dan ini salah satu cara berbakti kepada rakyat dengan harapan tiada jemaah yang terkandas sama ada di Malaysia atau di Arab Saudi pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun Norlynne menambah, buat masa ini perkhidmatan itu hanya akan berlepas dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Beliau berkata, perkhidmatan penerbangan Fly Qassim dija­­du­al­ memulakan operasi sulung­nya pada 17 Mac ini sebanyak dua kali seminggu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dengan jumlah jemaah yang dijangka seramai 350 orang bagi setiap penerbangan.

“Perkhidmatan ini akan dilaksanakan sebanyak lapan kali sebulan supaya mereka dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Pihak Fly Qassim juga telah bersetuju menambah jumlah penerbangan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Norlynne memberitahu, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jalinan Pengurusan Dwi Vista menerusi emel di [email protected] atau di talian 019-2027373.

Selain itu beliau juga berkata, majlis pelancaran Fly Qassim Charter akan diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur Khamis ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain