Fenomena itu berlaku berpunca daripada lenturan tanah akibat gegaran gempa bumi yang menjadi lebab dan berair boleh mengakibatkan pergerakan tanah serta tanah jerlus yang membawa kepada kemusnahan tempat tinggal dan sebagainya.

Kejadian seperti ini pernah berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Marina, San Francisco, Amerika Syarikat pada 1989, Pelabuhan Kobe (1995) dan juga kemusnahan kawasan perumahan serta bandar pinggiran di Christchurch, New Zealand (2010).

Di Palu Jumaat lalu, dianggar lebih 1,200 orang terkorban dalam selepas berlakunya tsunami dan gempa bumi sekuat 7.5 skala Richter.

Berikut merupakan rakaman insiden pergerakan tanah atau tanah jerlus yang berlaku di Palu akibat bencana alam tersebut: - UTUSAN ONLINE