Majlis penyampaian kunci tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sungai Durian di sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Datuk Ramzi Ab.Rahman; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Abdul Rashid Haron dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar Mustapha.

Pembinaan rumah kekal baharu (RKB) itu telah dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Kerja Raya manakala 59 buah daripada keseluruhan kediaman yang bernilai RM3.36 juta itu disumbangkan oleh Yayasan UEM dan Yayasan Hasanah.

Secara keseluruhan, kos pembinaan RKB di Sungai Durian menelan belanja sebanyak RM10.04 juta termasuk kos infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan air. - UTUSAN ONLINE


Video oleh AZRAN FITRI RAHIM