Menurut ibunya, Zuraina Jamil, 39, anaknya pada mulanya demam pada 8 Februari lalu namun keadaan semakin tidak baik sejak kelmarin.

“Dia pergi dengan mudah setelah bapanya, membacakan tiga kali surah al-Fatihah dan disudahi dengan sadaqallahul ‘Azim lalu bila ditanya A’am sudah tiada lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam laman Facebooknya merakamkan takziah kepada keluarga dan mendoakan agar roh A’am dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Pada 24 April 2016, hasrat A’am yang mahu berjumpa ‘nenek besar’ iaitu Najib telah ditunaikan setelah pemimpin negara itu bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri pergi melawat ke rumah keluarganya di Kampung Bintawa Tengah pada 24 April 2016.

Meskipun tiada dalam jadual asal kerana sepatutnya bertemu di sebuah hotel, Perdana Menteri sanggup pergi ke rumah peminat cilik ini.

A’am tidak melepaskan peluang untuk mencium pipi ‘nenek besarnya’ yang selama ini hanya dikenali melalui gambar dan televisyen. – UTUSAN ONLINE