Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pembudayaan bentuk moral masyarakat

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim 2

KUALA LUMPUR Feb. 27 - Pemodenan dan kemajuan tidak seharusnya membelakangkan nilai-nilai pembudayaan masyarakat, kerana tanpa budaya yang jitu, nilai jatidiri dan kekuatan sesuatu bangsa itu akan runtuh.

Sekaligus, penganjuran Kongres Budaya 2017 pada 15 April ini amat penting dilihat sebagai satu elemen dalam membicarakan pengukuhan pembudayaan bangsa, dalam menambah nilai moral rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu secara khusus.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, dalam mencapai Transformasi Nasional 50 (TN50), aspek pembudayaan perlu turut sama diperkukuhkan.

"Setelah 57 tahun merdeka, kita masih lihat ada tandas (awam) yang kotor. Ini soal yang orang tak mahu sebut, tapi berlaku dalam masyarakat kita. Tentu sekali ada sesuatu yang tak kena," kata Rais dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

"Jadi, bagi TN50, kita jangan hendaknya mempersoalkan tentang ekonomi, pembangunan dan kegahan politik (sahaja), tetapi mesti ada kandungan pembudayaan, (termasuk) mengasuh kanak-kanak dari darjah bawah," kata Rais.


Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Beberapa siri bengkel akan turut diadakan sebelum penganjuran kongres ini dengan setiap satu membicarakan topik merangkumi budaya ekonomi, bahasa, kandungan kreatif, warisan budaya dan Institusi Adat Melayu.

Kongres yang julung kali diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti-universiti awam yang mempunyai halatuju pembudayaan, akan turut disertai oleh lebih 350 badan bukan kerajaan (NGO).

Resolusi kongres ini kemudiannya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan pihak kerajaan bagi diperhalusi dan diterapkan di dalam perancangan dan pembuatan dasar negara akan datang. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain