Hadiah berupa pakej percutian tiga hari dua malam di Hotel Avillion Legacy Melaka dimenangi oleh dua peniaga, Mohd. Iskandar Zulkarnain Mohd. Noh, 35, dan Norfazilla Ibrahim, 30 serta seorang guru, Azlan Azumu, 52.

Sementara itu, tiga lagi pembaca setia e-Paper Utusan Malaysia turut dihargai apabila membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 sebagai tanda penghargaan syarikat atas sokongan berterusan yang diberikan mereka.

Ketiga-tiga pembaca itu adalah Mohammad Syafiq Abdullah, 35; Jaffri Abu Bakar, 59 dan Muhammad Hakim Jaafar, 26.

Dalam pada itu, Mohd. Iskandar Zulkarnain berkata, kemenangan yang diterimanya merupakan satu ‘hadiah’ yang cukup bermakna hasil sikap rajin membaca yang diterapkan beliau sejak kecil.

Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

“Bagus sebab apa bila ada pertandingan sebegini menggalakkan pelanggan terlibat dalam peraduan selain daripada menarik minat mereka untuk membaca.

“Saya tiada rahsia dan menganggap ini rezeki. Bagi saya, bila kita suka membaca kadangkala kita akan mendapat penghargaan dalam apa yang kita ceburi,” katanya selepas menerima hadiah penghargaan e-Paper di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Penolong Pengarang Media Baharu Utusan Malaysia, Hasnurul Masjurina Mohamed.

Setiap bulan selama setahun enam pembaca akan dipilih sebagai penerima hadiah penghargaan e-Paper Utusan Malaysia.

Akhbar digital Utusan Malaysia boleh dilanggan untuk tempoh seminggu, sebulan, tiga bulan, enam bulan atau setahun dengan bayaran antara RM6 hingga RM180.

Untuk maklumat lanjut atau melanggan e-Paper Utusan Malaysia, sila layari e.utusan.com.my. - UTUSAN ONLINE