Dr. AMMAR ABD. GHAPAR
Dr. AMMAR ABD. GHAPAR

Menurut Pengarah Bahagian Domestik dan Acara, Kemneterian Pelancongan dan Acara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, pendapatan sektor pelancongan domestik menunjukkan purata peningkatan sebanyak lima peratus sejak tiga tahun lepas.

Jelas beliau, peningkatan itu kesan daripada pertambahan minat rakyat tempatan untuk bercuti di dalam negara kerana kos perbelanjaan jauh lebih rendah berbanding melancong ke luar negara.

Beliau ditemui Utusan Online selepas menghadiri sidang media MITA Travel Fair (MTF) 2018 di sini hari ini menambah, statistik kementerian turut menunjukkan jumlah pelancong domestik pada 2016 meningkat kepada 66 juta berbanding 62.7 juta pada 2015.

“Malaysia mempunyai pelbagai tarikan pelancongan antaranya budaya makanan; persekitaran dan budaya tempatan.

“Negara juga memiliki tarikan alam semula jadi dan pelancongan tani yang amat sesuai untuk dilawati oleh keluarga yang mana semua ini menjadi pendorong kepada peningkatan dalam jumlah pelancong domestik,” jelas beliau.

Tambah Dr. Ammar, jumlah peningkatan pelancong domestik turut didorong oleh acara-acara pameran seperti MTF yang menyalurkan maklumat destinasi pelancongan dalam negara selain menawarkan penjimatan kos kepada orang ramai. - UTUSAN ONLINE