Sebanyak 30 pelajar tingkatan satu hingga lima dipilih untuk menyertai program pembelajaran yang meliputi teknik rakaman, teknik suntingan serta kaedah penyediaan papan cerita bagi menghasilkan video pendek yang menarik.

Penataran video kira-kira lima jam ini dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Mohamad Fikri Rosly.

Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan rasa teruja dan bersemangat untuk menghasilkan video pendek #muhibah, setelah diberi penerangan lengkap dan khusus tentang cara-cara pembikinan.

Turut hadir pengetua sekolah tersebut, Zainudin Mohamad dan Guru Pusat Sumber, Norhafizah Mat Lazim.

Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh negara dan maklumat penghantaran penyertaan boleh diperolehi dengan melawati laman sesawang www.muhibah.my. - UTUSAN ONLINE