Akibat menghidap penyakit jarang jumpa tersebut, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bilut di sini itu terpaksa menahan kesakitan setiap hari.

Ibunya, Rosmah Napis,47, berkata, anak bongsunya itu mula berasa sakit diserang tumor berkenaan pada Mei lalu iaitu sebulan selepas kematian suaminya.

“Sebelum ini, dia menjalani pembedahan di Kuantan dan selepas terlantar di Hospital Bentong, dia dibenarkan keluar awal bulan ini.

“Pada masa ini, benjolan di kepalanya tidak berasa sakit tetapi benjolan di pipi menyebabkan dia sakit sehingga bergantung kepada morfin,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rosmah, pada masa ini dia yang hanya mengharapkan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memerlukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk membeli susu khas, lampin pakai buang serta rawatan susulan anaknya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Rosmah 1561 3266 0393 atau menghubungi talian 010-2979871. - UTUSAN ONLINE