Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua jumlah wang tersebut merupakan hasil sumbangan daripada 12 organisasi seperti Sunway Berhad, Kawasaki Motors, NZ Bina Sdn. Bhd., Al- Ikhsan Sport Sdn. Bhd., dan beberapa agensi lain.

“Sehingga kini, kita telah menerima lebih 10,000 peserta yang akan terlibat dalam larian tersebut.

“Kita harap pihak media juga akan turut sama menjayakan larian yang bakal diadakan malam Sabtu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Malam Larian PDRM 2018 dan Majlis Penghargaan Pasukan Hoki Wanita PDRM di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE