Ketua Penggerak GM1M Kuala Lumpur, Mohd. Fadly Saidin berkata, dalam program tersebut, pengunjung perlu menjawab soalan yang diberikan menggunakan peranti.

“Mereka boleh menggunakan peranti yang disediakan di gerai ini atau menjawab soalan menggunakan telefon pintar masing-masing dan peserta yang memperoleh markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.

“Kita sediakan kira-kira 10 soalan mengikut tahap umur peserta. Sekiranya peserta adalah orang dewasa maka mereka akan diberikan soalan berbentuk pengetahuan am,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Fadly memberitahu, slot interaktif itu turut menyediakan pelbagai latihan dan subjek yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Slot ini merupakan satu program pembelajaran moden de­ngan pelajar boleh menjawab soalan secara lebih santai tanpa menggunakan buku.

“Kita juga memperkenalkan program ini kepada guru-guru dan menggalakkan mereka menggunakannya di sekolah,” katanya.