Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Pasangan kembar seiras, Puteri Qistina Damia dan Puteri Qistina Najwa Mohd. Hairi, 7, menjadi tumpuan ramai memandangkan turut ditempatkan di dalam kelas yang sama.

Puteri Qistina Najwa yang lebih petah bercerita berkata, dia begitu gembira dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan bersama kakak kembarnya itu.

"Saya bangun seawal pukul 6 pagi dengan kakak kerana tidak sabar untuk ke sekolah hari ini.

"Seronok sangat dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru dan cikgu baru," katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Guru Besar SK BBU 2, Zulkifly Ahmad berkata, pada tahun ini pihaknya menerima seramai 195 murid tahun satu.

Katanya, kesemua murid tahun satu ditempatkan di kantin dalam tempoh seminggu sebagai orentasi sebelum masuk ke kelas masing-masing.

"Alhamdulillah, ini adalah kali terakhir saya menerima pelajar tahun satu kerana selepas ini saya akan bersara.

"Saya berharap semua pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dan belajar bersungguh-sungguh", katanya. - UTUSAN ONLINE