Majlis pelepasan misi itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Taman Botani Negara, Shah Alam di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Misi Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Sabri bermula dari Taman Botani Negara ke Dataran Shah Alam sejauh 40km sebelum terbang ke Sibu, Sarawak bagi menyambung misi sejauh 42.9km, esok.

Antara kawasan yang bakal dilalui Sabri adalah Kuching dan Bau di Sarawak, Kota Kinabalu (Sabah), Hulu Selangor dan Sepang (Selangor), Slim River (Perak) dan beberapa lokasi lain.

Misi berjalan kaki secara solo Sabri bakal mencatat sejarah tersendiri apabila akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai perjalanan (jalan kaki) solo terjauh di negara ini.

Sementara itu, Sabri berkata, sejak mengamalkan pengambilan madu kelulut sebagai makanan tambahan setiap hari membantunya sentiasa cergas.

“Pada usia begini, saya tidak lagi melakukan aktiviti ekstrem, jadi berjalan kaki secara solo ini merupakan aktiviti paling sesuai untuk dilakukan.

“Sementara itu, bagi menjayakan misi ini, saya memperuntukkan latihan fizikal yang lebih fokus antara dua hingga empat jam sehari,” katanya. - UTUSAN ONLINE