Enam NGO itu ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Pertubuhan Kipidap, Muslim Active Members (MAMS) dan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis).

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, penggunaan nama restoran ‘nasi kandar pagoda’ sangat mengelirukan pengguna Islam selain mempromosi juadah daging babi dalam setiap menunya.

“Kita menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran berkenaan.

“Pemilik restoran secara jelas menggunakan strategi pemasaran mengelirukan untuk menarik pelanggan ke kedainya sekali gus cuba menghina syariat Islam dengan juadahnya bukan nasi kandar tetapi sebaliknya,” katanya.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay pula menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan proaktif dan mereka akan menghantar memorandum ke KPDNKK dalam tempoh terdekat jika tiada tindakan diambil.

Sementara itu, Presiden MAMS, Kader.Abdul Rahman berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlu memain peranan dalam memantau restoran seumpama ini. - UTUSAN ONLINE