Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata, dalam kes membabitkan Namewee itu, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undanf yang berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak bertindak ke atas mana-mana individu yang didapati sengaja mencetuskan isu perkauman dan mengganggu ketenteraman awam.

“Polis sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Namewee itu.

“Kes ini disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Hari Polis ke 211, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Minggu lalu, Namawee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - UTUSAN ONLINE