Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Najib ucap tahniah Malaysia layak ke Piala Dunia Hoki 2018

Hoki Malaysia layak ke Piala Dunia
KAPTEN Kebangsaan, Mohd. Syukri Mutalib cuba menghalang pergerak pemain India dalam aksi suku akhir Liga Hoki Dunia di London, awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR 23 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lelaki negara yang layak ke Piala Dunia Hoki 2018 yang bakal berlangsung di India.

"Syabas kepada pasukan hoki kita, berjaya layak ke Piala Dunia 2018 selepas tewaskan India di suku akhir Liga Hoki Dunia di London," kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Malaysia menewaskan India 3-2 dalam perlawanan suku akhir, Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di ibu kota Britain itu pada Khamis untuk menempah tiket ke India.

Tempat keempat teratas sudah mencukupi untuk skuad bimbingan Stephen Van Huizen melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kelapan selepas layak sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.

Malaysia akan bertemu Argentina di perlawanan separuh akhir Sabtu ini, selepas pasukan dari Amerika Selatan itu menewaskan Pakistan 3-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. - BERNAMA

Video IHSAN PASUKAN HOKI NEGARA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain