Kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam membawa Najib itu yang diiringi beberapa kenderaan pengiring SPRM dan polis dikatakan menuju ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman terlebih dahulu untuk merekod kenyataannya.

Pihak polis akan merakam percakapan beliau bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Najib kemudiannya akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang hari ini untuk pertuduhan di mahkamah.

Beliau yang ditahan sejak semalam di SPRM akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE