Abe tiba di Hotel Crown Tower, penginapan Najib di bandar raya ini pada kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan dengan diiringi kira-kira 20 delegasi.

Mengiringi Najib dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai.

Najib dan Abe dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala untuk kepentingan bersama, terutama membabitkan projek berprofil tinggi seperti keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Mereka juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-20 ASEAN-Jepun, Selasa ini dan tahun ini genap 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun. - UTUSAN ONLINE